Menjadi Pemimpin yang Diredhai
Islam sejak beratus tahun lampau mencipta rekod kepemimpinan di pelbagai benua dan kota, terus melakarkan beberapa pra syarat agar pemimpin betul-betul ‘menjadi’ dan orang yang dipimpin menerima nikmat kepemimpinan, bukan hanya terpimpin selamat di dunia malah juga di akhirat nanti.
Syarat pertama pemimpin ialah iman. Dalam surah al-Kahfi Allah menyatakan iman itu ada tiga implikasi, iaitu ‘imun’, ‘aman’ dan ‘amin.’
Imun maknanya kebal daripada maksiat dan kebal daripada rasuah. Aman maknanya dia berasa aman bila bersama Allah, malah di depan orang dia baik, di belakang orang pun dia tetap baik, bukannya hipokrit. Manakala ‘amin’ pula maknanya orang yang boleh dipercayai. Apabila sudah dipercayai barulah layak menerima amanah .
Syarat kedua ialah ilmu kepemimpinan. Kepemimpinan bukannya secara spontan atau pakai tangkap muat sahaja, sebaliknya mesti ada ilmu.
Makna kepemimpinan ialah cara menggunakan pengaruh untuk mempengaruhi pengikut mencapai matlamat yang digarap. Jika tidak ada ilmu, sepak terajang dan kerenah kepemimpinan, nanti kita pula yang dipimpin.
Syarat ketiga ialah ’selfleadership.’ Bagaimana kita boleh memimpin orang lain kalau diri kita tidak terpimpin?
Perkataan ‘leader’ merujuk kepada tanggungjawab (al-mas’uliyah). Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Setiap kamu dalam pemimpin dan setiap kamu akan diminta pertanggungjawab berdasarkan apa yang kamu pimpin.”
Syarat ini menggambarkan orang yang memimpin itu mampu bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Maknanya, pemimpin tidak cepat melemparkan tanggungjawabnya kepada orang lain, tidak cepat terpengaruh dengan khabar yang tidak pasti.
Jika dia melakukan kesilapan, diri sendiri menanggung risiko, bukan mengkambing hitamkan orang lain demi keselamatan diri.
Syarat keempat ialah pemimpin memerlukan ‘The Power Of Communication.’ Ketika berinteraksi dengan pengikut akan menghadapi pelbagai kerenah, keinginan dan tuntutan yang semestinya mampu menenangkan mereka walaupun hajat tidak tertunai, bukannya putar belit.
Cara berkomunikasi ada empat:
1. Cakap mudah difahami, bahasa terang, arahan jelas tidak berbelit-belit.
2. Kesamaan. Setiap orang mudah didampingi, tidak ada tembok pemisah atau terlalu protokol. Pasangan berkahwin sebab banyak kesamaan antara mereka. Mereka nescaya bercerai jika ada banyak perbezaannya.
3. Ikhlas. Walaupun ikhlas terletak di hati dan tidak nampak dengan mata namun ia dapat dirasai. Jika tidak ikhlas seakan ada satu gelombang yang mengganggu perasaan orang yang dipimpin. Kata-kata tidak tajam tidak masuk di hati.
4. The power of service. Cakap hanya perlu pada tempatnya tetapi bertindak semestinya lebih banyak. Allah memberikan kita dua telinga supaya kita banyak mendengar, Allah memberikan kita dua mata supaya kita banyak melihat dan mengamatinya, kemudian bertindak berasaskan pendengaran dan pemerhatian.
Rasanya elok juga disinggung sedikit perkara yang menambah komitmen moral seorang pemimpin berasaskan tafsir lima ayat surah al-Muddaththir.
1. Bangun dan beri peringatan. Pemimpin mempunyai kepedulian sosial yang tinggi. Sekiranya di sekelilingnya terdapat perkara menyalahi kebenaran, dengan kuasanya dia akan meluruskannya.
2. Mesti membesarkan Allah. Pemimpin perlu sentiasa ke depan tetapi jangan mendahului Allah.
3. Bersihkan pakaiannya. Pakaian luar dan dalam iaitu hati biar turut bersih.
4. Tinggalkan dosa.
5. Janganlah memberi sesuatu kerana ingin mendapat lebih banyak malah kalau boleh jangan ingat bahawa kita pernah memberi kepada seseorang.
Pemimpin Mengikut Islam
1. Niat Yang Ikhlas
Apabila menerima suatu tanggung jawab, hendaklah didahului dengan niat sesuai dengan apa yang telah Allah perintahkan. Iringi hal itu dengan mengharapkan keredhaan-Nya sahaja. Kepemimpinan atau jabatan adalah tanggung jawab dan beban, bukan kesempatan dan kemuliaan.2. Lelaki
Wanita sebaiknya tidak memegang tampuk kepemimpinan. Rasulullah Shalallahu’alaihi wa sallam bersabda, “Tidak akan beruntung kaum yang dipimpim oleh seorang wanita (Riwayat Bukhari dari Abu Bakarah Radhiyallahu’anhu).3. Tidak Meminta Jabatan Rasullullah bersabda kepada Abdurrahman bin Samurah Radhiyallahu’anhu, ”Wahai Abdul Rahman bin Samurah! Janganlah kamu meminta untuk menjadi pemimpin. Sesungguhnya jika kepemimpinan diberikan kepada kamu kerana permintaan, maka kamu akan memikul tanggung jawab sendirian, dan jika kepemimpinan itu diberikan kepada kamu bukan karena permintaan, maka kamu akan dibantu untuk menanggungnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)4. Berpegang Dan Konsisten Pada Hukum Allah
Ini salah satu kewajiban utama seorang pemimpin. Allah berfirman, ”Dan hendaklah kamu memutuskan perkara diantara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka.” (al-Maaidah:49). Jika ia meninggalkan hukum Allah, maka seharusnya dilucutkan daripada jabatannya.5. Memutuskan Perkara Dengan Adil Rasulullah bersabda,”Tidaklah seorang pemimpin mempunyai perkara kecuali ia akan datang dengannya pada hari kiamat dengan keadaan terikat, entah ia akan diselamatkan oleh keadilan, atau akan dijerumuskan oleh kezalimannya.” (Riwayat Baihaqi dari Abu Hurairah dalam kitab Al-Kabir).6. Senantisa Ada Ketika Diperlukan
Hendaklah selalu membuka pintu untuk setiap pengaduan dan permasalahan rakyat. Rasulullah bersabda,”Tidaklah seorang pemimpin atau pemerintah yang menutup pintunya terhadap keperluan, hajat, dan kemiskinan kecuali Allah akan menutup pintu-pintu langit terhadap keperluan, hajat, dan kemiskinannya.” (Riwayat Imam Ahmad dan At-Tirmidzi).7. Menasihati Rakyat
Rasulullah bersabda,”Tidaklah seorang pemimpin yang memegang urusan kaum Muslimin lalu ia tidak bersungguh-sungguh dan tidak menasihati mereka, kecuali pemimpin itu tidak akan masuk syurga bersama mereka (rakyatnya).”8. Tidak Menerima Hadiah
Seorang rakyat yang memberikan hadiah kepada seorg pemimpin pasti mempunyai maksud tersembunyi, entah ingin mendekati atau mengambil hati. Oleh karena itu, hendaklah seorang pemimpin menolak pemberian hadiah dari rakyatnya. Rasulullah bersabda,” Pemberian hadiah kepada pemimpin adalah pengkhianatan.” (Riwayat Thabrani).9. Mencari Pemimpin Yang Baik
Rasulullah bersabda,”Tidaklah Allah mengutus seorang nabi atau menjadikan seorg khalifah kecuali ada bersama mereka itu golongan pembantu, iaitu pembantu yang menyuruh kepada kebaikan dan mendorongnya kesana, dan pembantu yang menyuruh kepada kemungkaran dan mendorongnya ke sana. Maka orang yang terjaga adalah orang yang dijaga oleh Allah,” (Riwayat Bukhari dari Abu said Radhiyallahu’anhu).10. Lemah Lembut
Doa Rasullullah,’ Ya Allah, barangsiapa mengurus satu perkara umatku lalu ia mempersulitnya, maka persulitlah ia, dan barang siapa yang mengurus satu perkara umatku lalu ia berlemah lembut kepada mereka, maka berlemah lembutlah kepadanya.11. Tidak Meragukan Rasulullah bersabda,” Jika seorang pemimpin menyebarkan keraguan dalam masyarakat, ia akan merusak mereka.” (Riwayat Imam Ahmad, Abu Dawud, dan Al-hakim).12. Terbuka Untuk Menerima Idea & Kritikan
Salah satu prinsip Islam adalah kebebasan bersuara. Kebebasan bersuara ini adalah platform bagi rakyat untuk memberi idea atau kritikan kepada kerajaan & pemimpin agar sama mengembling tenaga & ijtihad ke arah pembentukan negara yang maju. Saidina Abu Bakar berucap ketika dilantik mnjdi khalifah, beliau menegaskan “..saya berlaku baik, tolonglah saya, dan pabila saya berlaku buruk, betulkan saya..”, manakala Khalifah Umar pernah ditegur oleh seorg wanita ketika memberi arahan di masjid, dan beliau menerima teguran tersebut.Sebagai penamat posting ini, saya membocorkan tujuh kualiti untuk menjadi pemimpin yang baik oleh Tun Dr. Mahathir:
· Seorang pemimpin yang baik tidak semestinya merendah diri tapi sekurang-kurangnya tidak bercakap besar.
· Beliau mesti bersedia menerima tanggungjawab tetapi tidak boleh terlalu mendesak dan berkeras dalam memimpin.
· Beliau tidak harus menyalahkan orang lain bagi kegagalan tetapi mengakui kelemahan diri serta tidak harus menuding jari atau mencari seseorang untuk dipersalahkan.
· Beliau harus bersikap luhur dan tidak pentingkan pujian dan kemasyhuran.
· Beliau patut tahu bagaimana mengendalikan pengikutnya begitu juga pihak atasan serta perlu sensitif dengan sensitiviti orang lain.
· Beliau patut bersedia melakukan apa yang diharapkan oleh orang lain untuk beliau laksanakan serta mendukung slogan kepemimpinan melalui teladan.
· Beliau perlu bijak dan lebih pintar sekurang2nya berbanding orang yang berada di bawah pimpinannya.
Wassalam..
Nak membuat orang kagum dengan Anda, cara pertama adalah:
1. Suarakan suara Anda. Tampil ke depan dan tunjukkan keberanian Anda berada di depan. Tegakkan badan, pandang mata setiap orang ketika Anda bercakap. Peralatkan peluang ketika mesyuarat, briefing, perhimpunan pagi, rapat umum atau ketika ada perjumpaan organisasi Anda. Lontarkan idea membina sebanyak mungkin.
2. Waktu kerja, kerja. Waktu berkawan, jadilah kawan. Ramai orang mencampurkan waktu untuk berkawan dengan waktu kerja menjadi satu. Kena tegur sikit di tempat kerja, merajuk banyak sampai mulut memuncung-muncung bila habis waktu kerja. Kesannya, tak bertegur sapa berhari-hari lamanya, padahal dia adalah kawan Anda sendiri. Beritahu kawan-kawan di tempat kerja Anda, yang waktu kerja, kita kerja. Be professional, bukan emosional.
Mulanya mereka akan menolak, lama kelamaan mereka akan dapat menyesuaikan diri juga. Bila habis waktu kerja, minta maaf pada kawan-kawan Anda atau staff-staff Anda jika ada perbuatan Anda (atau sikap Anda) yang menyinggung mereka hari itu. Mereka akan respek Anda.
3. Gunakan diplomasi, bukan kuku besi. Jangan asyik mengomplen itu ini. Orang tak suka dikomplen. Mereka suka dihargai. Pujian membuat mereka mulai memberi perhatian pada Anda.
Pergunakan sikap diplomasi untuk Anda menarik rasa kagum mereka, kerana di dalam kekaguman ada rasa hormat. Hati-hati, jangan kerana mahu berdiplomasi, kebaikan Anda dipergunakan pula.
4. Sentuh hati mereka dengan memulakannya dari hati Anda. Sebelum tidur, maafkan kesalahan setiap orang yang Anda marah hari tu dan hari-hari sebelumnya. Maafkan habis, biar rasa kemaafan tu meresap jauh ke dalam sanubari. Amalan ini menjadikan hati Anda bersih lalu ditumbuhi emosi positif, membentuk fikiran positif dalam diri Anda.
Jika Anda pernah sakit hati atau marah sangat pada sikap mereka, lupakan selupa yang mungkin. Tekadlah untuk tidak mengingati perkara itu walaupun hanya untuk 1 saat. Jangan ingat walau sedikit.
Doakan kebahagiaan mereka. Lebih baik, doakan sepanjang masa! Ia akan menarik energi positif dari minda mereka datang bertumpu ke arah Anda.
Kesannya, tiap kali mereka berjumpa atau bertentang mata dengan Anda, mereka akan rasa tenang saja, seronok. Lama-kelamaan, timbul sikap kagum pada Anda, lalu menganggap Anda orang berwibawa.
Biar orang sakitkan hati kita, jangan kita yang sakitkan hati mereka. Itu bahaya.Kita sakitkan hati orang, kita akan susah 2 kali ganda dari kesusahan mereka.
Mengurus konflik adalah pelaburan kepada diri
Mengurus konflik adalah pelaburan kepada diri sendiri. Pulangan yang diterima berkali ganda apabila kita memilih teknik dan taktik mengurus rakan sekerja, majikan dan organisasi pada masa dan tempat yang sesuai.
Mengurus Konflik Gaya Streetsmart menyenaraikan beberapa tip kepada pembaca bagi memilih dan mengimplementasi dalam situasi berbeza.
Mengurus konflik mempersiapkan diri dalam keadaan luar jangka
Kemahiran mengurus konflik mempersiapkan kita berhadapan dengan situasi yang berbeza sama ada dalam organisasi atau pun aktiviti sosial lain. Kebanyakan tip-tip yang dikongsi kepada pembaca disusun dengan mengambil kira keperluan pembaca dalam peranan hidup yang berbeza.
Pengalaman sebenar pekerja dan organisasi didedahkan
Mengurus Konflik mengubah suai pengalaman-pengalaman pekerja menjadi contoh kes yang berlaku dalam organisasi. Selain itu situasi seharian adalah sumber rujukan lain yang disertakan bagi mempelajari cara mengurus konflik.
Situasi-situasi seharian daripada pengalaman-pengalaman yang diceritakan kepada kami dimasukkan bersama-sama bagi pembacaan saudara. Ini adalah bonus kepada pembaca bagi memahami bagaimana konflik berlaku dan cara mengurusnya.
Pada masa sama penulisan separa akademik ini juga mengetengahkan kes-kes nasional dan antarabangsa yang unik dan dapat disesuaikan dalam organisasi pada hari ini. Kes-kes ini dijadikan contoh bagi menerangkan amalan, prinsip dan teknik mengurus konflik berdasarkan apa yang berlaku.
Gaya bahasa yang mudah, penerangan yang tidak kompleks, penggunaan bahasa Melayu baku memenuhi pegangan kami menulis buku ini kepada saudara iaitu, “Mengapa perlu menyusahkan orang lain jika mahu memberi penyelesaian masalah?”
Mengurus konflik untuk kekal berpengaruh dan disukai ramai
Konflik adalah normal dalam interaksi harian. Konflik mendorong manusia lebih kreatif bagi mencapai kata sepakat. Mengurus Konflik Gaya Streetsmart merangsang daya fikir bagi mencipta jalan keluar. Individu yang dapat mengurus konflik menjadi lebih berpengaruh dan cenderung dihormati oleh rakan-rakan sekerja.
Cipta ruang selesa dalam urusan seharian
Mengurus konflik membantu individu mencipta ruang selesa apabila berurusan. Ini membantu meningkatkan produktiviti sebagai pekerja dan individu. Semakin mudah kita mengenalpasti dan mengendali konflik, semakin bermotivasi dan positif kita terhadap hidup.
Mengurus Konflik Gaya Streetsmart adalah pelaburan jangka masa panjang kepada pengurusan kerja di organisasi. Ia membantu para pembaca memilih pendekatan bagi membuka lebih ruang kepada anda bertindak dan mencipta keselesaan. Pada masa sama kita menerima penghargaan dan impak positif dari majikan, rakan sekerja dan individu di luar organisasi.
Semuanya kerana cara mengurus konflik yang memenangkan semua pihak.
Memahami konflik yang sebenar-benarnya mampu mengubah persepsi individu terhadap apa yang dikatakan sebagai konflik. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Leonard Rico 1964;
“ Sekiranya konflik tidak timbul, ia akan menyebabkan sesebuah organisasi berada dalam keadaan autokrasi, minda yang jumud dan stereotaip. Sebaliknya, dengan hadirnya konflik dalam sesebuah organisasi, ianya berpotensi menunjukkan demokrasi, mengiktiraf kepelbagaian dan pertumbuhan.”
7 Teras Perkhidmatan dalam
“Etika Perkhidmatan Awam”
1. Berazam Meninggikan Mutu Perkhidmatan
2. Bekerja Dengan Penuh Tanggungjawab
3. Berusaha Mengikis Sikap Mementingkan Diri
4. Berkhidmat Dengan Penuh Muhibbah Dan
Kemesraan
5. Bekerja Ke Arah Memajukan Pemikiran Rakyat
6. Bekerjasama Dalam Membenteras Kelemahan
Dan Musuh-musuh Negara
7. Berpegang Teguh Kepada Ajaran Agama 20
Penggunaan Kad Perakam Waktu –
Tujuan:
Memastikan anggota tiba di tempat
kerja pada waktunya dan mulakan
tugas dengan dedikasi
Mewujudkan sikap mementingkan
masa
Mendisiplinkan diri
Merupakan rekod kehadiran21
Objektif
Mewujudkan satu etika kerja dan sikap
berkhidmat yang baru – peningkatan kepada hasil dan mutu kerja
Mempertingkatkan semangat/motivasi
pekerja seiring dengan Penerapan Nilainilai Islam dan Kepimpinan Melalui Teladan
KEMPEN BERSIH, CEKAP DAN AMANAH
BERSIH
Bermoral tinggi, bertatatertib,
berdisiplin, tidak menyeleweng, tidak rasuah
Berkecuali
Berintegriti
Tidak mementingkan diri sendiri
Tidak khianat, hasad dan dengki
CEKAP
Berani dan cepat membuat keputusan
Bersedia menghadapi krisis dengan tenang
Berpegang kepada prinsip dan tegas
Berusaha mencapai produktiviti tinggi dan
kualiti kerja yang cemerlang
Berkeyakinan diri
Berpandangan jauh
Berpengetahuan
Berpengalaman dan mahir dalam bidang tertentu
AMANAH
Rela dan cuba menjalankan tugas
dan tanggungjawab yang
diamanahkan dalam batas kuasa
yang ditentukan dengan penuh gigih
dan ikhlas bagi mencapai objektif
yang ditentukan
Mempunyai sifat luhur dan murni,
jujur kepada diri sendiri, rakan dan organisasi
OBJEKTIF
Membentuk sebuah masyarkat
Malaysia yang beramanah,
beridentiti dan disegani
Menubuhkan sebuah negara
bahagia
Menghapuskan sikap negatif dalam
menjalankan tugas yang
dipertanggungjawabkan
Menghasilkan perkhidmatan bermutu
NILAI-NILAI MURNI
Amanah
Bertanggungjawab
Ikhlas
Dedikasi
Tekun
Berdisiplin
Bekerjasama
Berbudi Mulia
Bersyukur
No comments:
Post a Comment