Tuesday, October 4, 2011


Kita selalu mengimpikan begini...
 

Alangkah seronoknya jika dapat pergi bercuti sekeluarga ketempat-tempat idaman seperti ke Paris, London, New York, Miami, Hawaii, Bali, Seoul, Beijing, Egypt, Rom, Hong Kong dan sebagainya.
Alangkah seronoknya dapat membawa isteri atau suami tersayang bercuti di kapal layar mewah sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan.Alangkah seronoknya dapat menghantar ibu bapa menunaikan ibadat haji dan umrah sebagai membalas jasa mereka membesarkan kita.
Alangkah seronoknya jika berpeluang melancong ke luar negara setiap bulan.
Alangkah seronoknya hidup tanpa rutin pejabat, menghadapi karenah majikan di tempat kerja dan segala tekanan kerja seharian.
Alangkah seronoknya jika dapat bersara kerja awal dan menghabiskan usia dengan melawat tempat-tempat menarik seluruh dunia.
Alangkah seronoknya jika segala perbelanjaan melancong tidak menggunakan wang gaji atau simpanan kita.

Tetapi semua impian kita akan terhenti bila memikirkan...


Tidak seronoknya bila memikirkan wang simpanan kita di bank semakin menyusut, malah hampir menunjukkan angka “0”.
Tidak seronoknya bila memikirkan wang gaji kita perlu digunakan untuk menampung kos sara hidup diri dan keluarga yang semakin lama semakin meningkat.
Tidak seronoknya bila memikirkan wang gaji dan simpanan harus digunakan untuk perbelanjaan persekolahan anak-anak.
Tidak seronoknya bila memikirkan setiap hari bekerja tetapi masih belum boleh menabung.
 Tidak seronoknyabila memikirkan si isteri meminta beli barang rumah itu ini tetapi belum mampu ditunaikan kerana duit gaji tidak pernah cukup.
Tidak seronoknya bila melihat baki cuti tahunan tidak cukup untuk pergi melancong.
Tidak seronoknya bila memikirkan setiap hari kena marah dengan boss tetapi gaji tak pernah naik-naik.
Tidak seronoknya bila memikirkan masih belum mampu mengirimkan wang setiap bulan kepada orang tua dikampung
Tidak seronoknya bila memikirkan memang kita tidak ada bajet untuk melancong setiap tahun kerana hendak menampung sara hidup pun cukup-cukup makan sahaja.

Wednesday, September 28, 2011


Menjadi Pemimpin yang Diredhai

Pemimpin satu amanah dan bukannya tempat mencari kemuliaan sebab amanah ini akan ditanya di akhirat nanti.  Realitinya hari ini pemimpin dipuji, diberi sambutan dan tepuk sorak. Siapalah tidak ghairah pasang angan-angan menjadi pemimpin, hingga ada yang berkata: “Asyik dia orang saja dapat, bila lagi giliran aku pula.”
Islam sejak beratus tahun lampau mencipta rekod kepemimpinan di pelbagai benua dan kota, terus melakarkan beberapa pra syarat agar pemimpin betul-betul ‘menjadi’ dan orang yang dipimpin menerima nikmat kepemimpinan, bukan hanya terpimpin selamat di dunia malah juga di akhirat nanti.

Syarat pertama pemimpin ialah iman. Dalam surah al-Kahfi Allah menyatakan iman itu ada tiga implikasi, iaitu ‘imun’, ‘aman’ dan ‘amin.’
Imun maknanya kebal daripada maksiat dan kebal daripada rasuah. Aman maknanya dia berasa aman bila bersama Allah, malah di depan orang dia baik, di belakang orang pun dia tetap baik, bukannya hipokrit. Manakala ‘amin’ pula maknanya orang yang boleh dipercayai. Apabila sudah dipercayai barulah layak menerima amanah .
Syarat kedua ialah ilmu kepemimpinan. Kepemimpinan bukannya secara spontan atau pakai tangkap muat sahaja, sebaliknya mesti ada ilmu.
Makna kepemimpinan ialah cara menggunakan pengaruh untuk mempengaruhi pengikut mencapai matlamat yang digarap. Jika tidak ada ilmu, sepak terajang dan kerenah kepemimpinan, nanti kita pula yang dipimpin.
Syarat ketiga ialah ’selfleadership.’ Bagaimana kita boleh memimpin orang lain kalau diri kita tidak terpimpin?
Perkataan ‘leader’ merujuk kepada tanggungjawab (al-mas’uliyah). Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Setiap kamu dalam pemimpin dan setiap kamu akan diminta pertanggungjawab berdasarkan apa yang kamu pimpin.”
Syarat ini menggambarkan orang yang memimpin itu mampu bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Maknanya, pemimpin tidak cepat melemparkan tanggungjawabnya kepada orang lain, tidak cepat terpengaruh dengan khabar yang tidak pasti.
Jika dia melakukan kesilapan, diri sendiri menanggung risiko, bukan mengkambing hitamkan orang lain demi keselamatan diri.
Syarat keempat ialah pemimpin memerlukan ‘The Power Of Communication.’ Ketika berinteraksi dengan pengikut akan menghadapi pelbagai kerenah, keinginan dan tuntutan yang semestinya mampu menenangkan mereka walaupun hajat tidak tertunai, bukannya putar belit.
Cara berkomunikasi ada empat:
1.       Cakap mudah difahami, bahasa terang, arahan jelas tidak berbelit-belit.
2.    Kesamaan. Setiap orang mudah didampingi, tidak ada tembok pemisah atau terlalu protokol. Pasangan berkahwin sebab banyak kesamaan antara mereka. Mereka nescaya bercerai jika ada banyak perbezaannya.
3.    Ikhlas. Walaupun ikhlas terletak di hati dan tidak nampak dengan mata namun ia dapat dirasai. Jika tidak ikhlas seakan ada satu gelombang yang mengganggu perasaan orang yang dipimpin. Kata-kata tidak tajam tidak masuk di hati.
4.    The power of service. Cakap hanya perlu pada tempatnya tetapi bertindak semestinya lebih banyak. Allah memberikan kita dua telinga supaya kita banyak mendengar, Allah memberikan kita dua mata supaya kita banyak melihat dan mengamatinya, kemudian bertindak berasaskan pendengaran dan pemerhatian.
Rasanya elok juga disinggung sedikit perkara yang menambah komitmen moral seorang pemimpin berasaskan tafsir lima ayat surah al-Muddaththir.
1.       Bangun dan beri peringatan. Pemimpin mempunyai kepedulian sosial yang tinggi. Sekiranya di sekelilingnya terdapat perkara menyalahi kebenaran, dengan kuasanya dia akan meluruskannya.
2.    Mesti membesarkan Allah. Pemimpin perlu sentiasa ke depan tetapi jangan mendahului Allah.
3.    Bersihkan pakaiannya. Pakaian luar dan dalam iaitu hati biar turut bersih.
4.    Tinggalkan dosa.
5.    Janganlah memberi sesuatu kerana ingin mendapat lebih banyak malah kalau boleh jangan ingat bahawa kita pernah memberi kepada seseorang.

Pemimpin Mengikut Islam
1. Niat Yang Ikhlas
Apabila menerima suatu tanggung jawab, hendaklah didahului dengan niat sesuai dengan apa yang telah Allah perintahkan. Iringi hal itu dengan mengharapkan keredhaan-Nya sahaja. Kepemimpinan atau jabatan adalah tanggung jawab dan beban, bukan kesempatan dan kemuliaan.

2. Lelaki
Wanita sebaiknya tidak memegang tampuk kepemimpinan. Rasulullah Shalallahu’alaihi wa sallam bersabda, “Tidak akan beruntung kaum yang dipimpim oleh seorang wanita (Riwayat Bukhari dari Abu Bakarah Radhiyallahu’anhu).3. Tidak Meminta Jabatan Rasullullah bersabda kepada Abdurrahman bin Samurah Radhiyallahu’anhu, ”Wahai Abdul Rahman bin Samurah! Janganlah kamu meminta untuk menjadi pemimpin. Sesungguhnya jika kepemimpinan diberikan kepada kamu kerana permintaan, maka kamu akan memikul tanggung jawab sendirian, dan jika kepemimpinan itu diberikan kepada kamu bukan karena permintaan, maka kamu akan dibantu untuk menanggungnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

4. Berpegang Dan Konsisten Pada Hukum Allah
Ini salah satu kewajiban utama seorang pemimpin. Allah berfirman, ”Dan hendaklah kamu memutuskan perkara diantara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka.” (al-Maaidah:49). Jika ia meninggalkan hukum Allah, maka seharusnya dilucutkan daripada jabatannya.5. Memutuskan Perkara Dengan Adil Rasulullah bersabda,”Tidaklah seorang pemimpin mempunyai perkara kecuali ia akan datang dengannya pada hari kiamat dengan keadaan terikat, entah ia akan diselamatkan oleh keadilan, atau akan dijerumuskan oleh kezalimannya.” (Riwayat Baihaqi dari Abu Hurairah dalam kitab Al-Kabir).

6. Senantisa Ada Ketika Diperlukan
Hendaklah selalu membuka pintu untuk setiap pengaduan dan permasalahan rakyat. Rasulullah bersabda,”Tidaklah seorang pemimpin atau pemerintah yang menutup pintunya terhadap keperluan, hajat, dan kemiskinan kecuali Allah akan menutup pintu-pintu langit terhadap keperluan, hajat, dan kemiskinannya.” (Riwayat Imam Ahmad dan At-Tirmidzi).

7. Menasihati Rakyat
Rasulullah bersabda,”Tidaklah seorang pemimpin yang memegang urusan kaum Muslimin lalu ia tidak bersungguh-sungguh dan tidak menasihati mereka, kecuali pemimpin itu tidak akan masuk syurga bersama mereka (rakyatnya).”

8. Tidak Menerima Hadiah
Seorang rakyat yang memberikan hadiah kepada seorg pemimpin pasti mempunyai maksud tersembunyi, entah ingin mendekati atau mengambil hati. Oleh karena itu, hendaklah seorang pemimpin menolak pemberian hadiah dari rakyatnya. Rasulullah bersabda,” Pemberian hadiah kepada pemimpin adalah pengkhianatan.” (Riwayat Thabrani).

9. Mencari Pemimpin Yang Baik
Rasulullah bersabda,”Tidaklah Allah mengutus seorang nabi atau menjadikan seorg khalifah kecuali ada bersama mereka itu golongan pembantu, iaitu pembantu yang menyuruh kepada kebaikan dan mendorongnya kesana, dan pembantu yang menyuruh kepada kemungkaran dan mendorongnya ke sana. Maka orang yang terjaga adalah orang yang dijaga oleh Allah,” (Riwayat Bukhari dari Abu said Radhiyallahu’anhu).

10. Lemah Lembut
Doa Rasullullah,’ Ya Allah, barangsiapa mengurus satu perkara umatku lalu ia mempersulitnya, maka persulitlah ia, dan barang siapa yang mengurus satu perkara umatku lalu ia berlemah lembut kepada mereka, maka berlemah lembutlah kepadanya.11. Tidak Meragukan Rasulullah bersabda,” Jika seorang pemimpin menyebarkan keraguan dalam masyarakat, ia akan merusak mereka.” (Riwayat Imam Ahmad, Abu Dawud, dan Al-hakim).

12. Terbuka Untuk Menerima Idea & Kritikan
Salah satu prinsip Islam adalah kebebasan bersuara. Kebebasan bersuara ini adalah platform bagi rakyat untuk memberi idea atau kritikan kepada kerajaan & pemimpin agar sama mengembling tenaga & ijtihad ke arah pembentukan negara yang maju. Saidina Abu Bakar berucap ketika dilantik mnjdi khalifah, beliau menegaskan “..saya berlaku baik, tolonglah saya, dan pabila saya berlaku buruk, betulkan saya..”, manakala Khalifah Umar pernah ditegur oleh seorg wanita ketika memberi arahan di masjid, dan beliau menerima teguran tersebut.
Sebagai penamat posting ini, saya membocorkan tujuh kualiti untuk menjadi pemimpin yang baik oleh Tun Dr. Mahathir:
·         Seorang pemimpin yang baik tidak semestinya merendah diri tapi sekurang-kurangnya tidak bercakap besar.
·         Beliau mesti bersedia menerima tanggungjawab tetapi tidak boleh terlalu mendesak dan berkeras dalam memimpin.
·         Beliau tidak harus menyalahkan orang lain bagi kegagalan tetapi mengakui kelemahan diri serta tidak harus menuding jari atau mencari seseorang untuk dipersalahkan.
·         Beliau harus bersikap luhur dan tidak pentingkan pujian dan kemasyhuran.
·         Beliau patut tahu bagaimana mengendalikan pengikutnya begitu juga pihak atasan serta perlu sensitif dengan sensitiviti orang lain.
·         Beliau patut bersedia melakukan apa yang diharapkan oleh orang lain untuk beliau laksanakan serta mendukung slogan kepemimpinan melalui teladan.
·         Beliau perlu bijak dan lebih pintar sekurang2nya berbanding orang yang berada di bawah pimpinannya.
Wassalam..
Nak membuat orang kagum dengan Anda, cara pertama adalah:
1. Suarakan suara Anda. Tampil ke depan dan tunjukkan keberanian Anda berada di depan. Tegakkan badan, pandang mata setiap orang ketika Anda bercakap. Peralatkan peluang ketika mesyuarat, briefing, perhimpunan pagi, rapat umum atau ketika ada perjumpaan organisasi Anda. Lontarkan idea membina sebanyak mungkin.
2. Waktu kerja, kerja. Waktu berkawan, jadilah kawan. Ramai orang mencampurkan waktu untuk berkawan dengan waktu kerja menjadi satu. Kena tegur sikit di tempat kerja, merajuk banyak sampai mulut memuncung-muncung bila habis waktu kerja. Kesannya, tak bertegur sapa berhari-hari lamanya, padahal dia adalah kawan Anda sendiri. Beritahu kawan-kawan di tempat kerja Anda, yang waktu kerja, kita kerja. Be professional, bukan emosional.
Mulanya mereka akan menolak, lama kelamaan mereka akan dapat menyesuaikan diri juga. Bila habis waktu kerja, minta maaf pada kawan-kawan Anda atau staff-staff Anda jika ada perbuatan Anda (atau sikap Anda) yang menyinggung mereka hari itu. Mereka akan respek Anda.
3. Gunakan diplomasi, bukan kuku besi. Jangan asyik mengomplen itu ini. Orang tak suka dikomplen. Mereka suka dihargai. Pujian membuat mereka mulai memberi perhatian pada Anda.
Pergunakan sikap diplomasi untuk Anda menarik rasa kagum mereka, kerana di dalam kekaguman ada rasa hormat. Hati-hati, jangan kerana mahu berdiplomasi, kebaikan Anda dipergunakan pula.
4. Sentuh hati mereka dengan memulakannya dari hati Anda. Sebelum tidur, maafkan kesalahan setiap orang yang Anda marah hari tu dan hari-hari sebelumnya. Maafkan habis, biar rasa kemaafan tu meresap jauh ke dalam sanubari. Amalan ini menjadikan hati Anda bersih lalu ditumbuhi emosi positif, membentuk fikiran positif dalam diri Anda.
Jika Anda pernah sakit hati atau marah sangat pada sikap mereka, lupakan selupa yang mungkin. Tekadlah untuk tidak mengingati perkara itu walaupun hanya untuk 1 saat. Jangan ingat walau sedikit.
Doakan kebahagiaan mereka. Lebih baik, doakan sepanjang masa! Ia akan menarik energi positif dari minda mereka datang bertumpu ke arah Anda.
Kesannya, tiap kali mereka berjumpa atau bertentang mata dengan Anda, mereka akan rasa tenang saja, seronok. Lama-kelamaan, timbul sikap kagum pada Anda, lalu menganggap Anda orang berwibawa.
Biar orang sakitkan hati kita, jangan kita yang sakitkan hati mereka. Itu bahaya.Kita sakitkan hati orang, kita akan susah 2 kali ganda dari kesusahan mereka.
Mengurus konflik adalah pelaburan kepada diri
Mengurus konflik adalah pelaburan kepada diri sendiri. Pulangan yang diterima berkali ganda apabila kita memilih teknik dan taktik mengurus rakan sekerja, majikan dan organisasi pada masa dan tempat yang sesuai.
Mengurus Konflik Gaya Streetsmart menyenaraikan beberapa tip kepada pembaca bagi memilih dan mengimplementasi dalam situasi berbeza.
Mengurus konflik mempersiapkan diri dalam keadaan luar jangka
Kemahiran mengurus konflik mempersiapkan kita berhadapan dengan situasi yang berbeza sama ada dalam organisasi atau pun aktiviti sosial lain. Kebanyakan tip-tip yang dikongsi kepada pembaca disusun dengan mengambil kira keperluan pembaca dalam peranan hidup yang berbeza.


Pengalaman sebenar pekerja dan organisasi didedahkan
Mengurus Konflik  mengubah suai pengalaman-pengalaman pekerja menjadi contoh kes yang berlaku dalam organisasi. Selain itu situasi seharian adalah sumber rujukan lain yang disertakan bagi mempelajari cara mengurus konflik.
Situasi-situasi seharian daripada pengalaman-pengalaman yang diceritakan kepada kami dimasukkan bersama-sama bagi pembacaan saudara. Ini adalah bonus kepada pembaca bagi memahami bagaimana konflik berlaku dan cara mengurusnya.
Pada masa sama penulisan separa akademik ini juga mengetengahkan kes-kes nasional dan antarabangsa yang unik dan dapat disesuaikan dalam organisasi pada hari ini. Kes-kes ini dijadikan contoh bagi menerangkan amalan, prinsip dan teknik mengurus konflik berdasarkan apa yang berlaku.
Gaya bahasa yang mudah, penerangan yang tidak kompleks, penggunaan bahasa Melayu baku memenuhi pegangan kami menulis buku ini kepada saudara iaitu, “Mengapa perlu menyusahkan orang lain jika mahu memberi penyelesaian masalah?”
Mengurus konflik untuk kekal berpengaruh dan disukai ramai
Konflik adalah normal dalam interaksi harian. Konflik mendorong manusia lebih kreatif bagi mencapai kata sepakat. Mengurus Konflik Gaya Streetsmart merangsang daya fikir bagi mencipta jalan keluar. Individu yang dapat mengurus konflik menjadi lebih berpengaruh dan cenderung dihormati oleh rakan-rakan sekerja.
Cipta ruang selesa dalam urusan seharian
Mengurus konflik membantu individu mencipta ruang selesa apabila berurusan. Ini membantu meningkatkan produktiviti sebagai pekerja dan individu. Semakin mudah kita mengenalpasti dan mengendali konflik, semakin bermotivasi dan positif kita terhadap hidup.
Mengurus Konflik Gaya Streetsmart adalah pelaburan jangka masa panjang kepada pengurusan kerja di organisasi. Ia membantu para pembaca memilih pendekatan bagi membuka lebih ruang kepada anda bertindak dan mencipta keselesaan. Pada masa sama kita menerima penghargaan dan impak positif dari majikan, rakan sekerja dan individu di luar organisasi.
Semuanya kerana cara mengurus konflik yang memenangkan semua pihak.
Memahami konflik yang sebenar-benarnya mampu mengubah persepsi individu terhadap apa yang dikatakan sebagai konflik. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Leonard Rico 1964;
“ Sekiranya konflik tidak timbul, ia akan menyebabkan sesebuah organisasi berada dalam keadaan autokrasi, minda yang jumud dan stereotaip. Sebaliknya, dengan hadirnya konflik dalam sesebuah organisasi, ianya berpotensi menunjukkan demokrasi, mengiktiraf kepelbagaian dan pertumbuhan.”

7 Teras Perkhidmatan dalam
“Etika Perkhidmatan Awam”
1. Berazam Meninggikan Mutu Perkhidmatan
2. Bekerja Dengan Penuh Tanggungjawab
3. Berusaha Mengikis Sikap Mementingkan Diri
4. Berkhidmat Dengan Penuh Muhibbah Dan
Kemesraan
5. Bekerja Ke Arah Memajukan Pemikiran Rakyat
6. Bekerjasama Dalam Membenteras Kelemahan
Dan Musuh-musuh Negara
7. Berpegang Teguh Kepada Ajaran Agama 20
Penggunaan Kad Perakam Waktu –
Tujuan:
 Memastikan anggota tiba di tempat
kerja pada waktunya dan mulakan
tugas dengan dedikasi
 Mewujudkan sikap mementingkan
masa
 Mendisiplinkan diri
 Merupakan rekod kehadiran21
Objektif
 Mewujudkan satu etika kerja dan sikap
berkhidmat yang baru – peningkatan kepada hasil dan mutu kerja
 Mempertingkatkan semangat/motivasi
pekerja seiring dengan Penerapan Nilainilai Islam dan Kepimpinan Melalui Teladan
KEMPEN BERSIH, CEKAP DAN AMANAH
BERSIH
 Bermoral tinggi, bertatatertib,
berdisiplin, tidak menyeleweng, tidak rasuah
 Berkecuali
 Berintegriti
 Tidak mementingkan diri sendiri
 Tidak khianat, hasad dan dengki
CEKAP
 Berani dan cepat membuat keputusan
 Bersedia menghadapi krisis dengan tenang
 Berpegang kepada prinsip dan tegas
 Berusaha mencapai produktiviti tinggi dan
kualiti kerja yang cemerlang
 Berkeyakinan diri
 Berpandangan jauh
 Berpengetahuan
 Berpengalaman dan mahir dalam bidang tertentu
AMANAH
 Rela dan cuba menjalankan tugas
dan tanggungjawab yang
diamanahkan dalam batas kuasa
yang ditentukan dengan penuh gigih
dan ikhlas bagi mencapai objektif
yang ditentukan
 Mempunyai sifat luhur dan murni,
jujur kepada diri sendiri, rakan dan organisasi

OBJEKTIF
 Membentuk sebuah masyarkat
Malaysia yang beramanah,
beridentiti dan disegani
 Menubuhkan sebuah negara
bahagia
 Menghapuskan sikap negatif dalam
menjalankan tugas yang
dipertanggungjawabkan
 Menghasilkan perkhidmatan bermutu

NILAI-NILAI MURNI
 Amanah
 Bertanggungjawab
 Ikhlas
 Dedikasi
 Tekun
 Berdisiplin
 Bekerjasama
 Berbudi Mulia
 Bersyukur



CO AXIAL CABLE

CO


coaxial cable adalah sarana penyalur atau pengalirhantar (transmitter) yang bertugas menyalurkan setiap informasi yang telah diubah menjadi sinyal–sinyal listrik. Kabel ini memiliki kemampuan yang besar dalam menyalurkan bidang frekuensi yang lebar, sehingga sanggup mengalirhantar (transmit) kelompok kanal frekuensi percakapan atau program televisi. Kabel sepaksi biasanya digunakan untuk saluran antar-setempat (interlocal) yang berjarak cukup dekat yakni, dengan jarak selebihnya 2.000 km.
Sejarah
Kabel coaxial berkembang pada tahun 1920 sebagai kelanjutan dari penemuan bentuk saluran dengan jumlah dua kawat yang sudah digunakan pada periode jauh sebelumnya. Kemudian pada tahun 1941, jaringan kabel koaksial buatan laboratorium Bell jenis L1 digunakan untuk menghubungkan antar wilayah perkotaan di daerah Amerika bagian Timur. Lalu ketika televisi menjadi suatu teknologi yang populer, kabel koaksial ternyata terbukti dapat juga digunakan sebagai penyalur isi informasi siaran. Tahun - tahun berikutnya laboratorium Bell terus melakukan pengembangan peralatan multipeks dan repeater ( penunjang ) untuk transmisi yang lebih efisien. Tahun 1953, sistem L1 kemudian dioperasikan dengan kemampuan yang lebih besar daripada L1, yakni dalam angka 1860 kanal. Pada akhir tahun 1960-an, kabel koaksial mampu berpartisipasi dalam sistem mikrowave dimana kabel koaksial dapat menekan adanya biaya konstruksi .

Konstruksi
1. Konduktor utama
Konduktor kabel harus terbuat dari bahan tembaga padat berbentuk silindris tanpa cacat berkonduktivitas tinggi. Untuk diameter dari kabel tidak diperbolehkan melebihi 0,02 mm dan 1,53 mm. Sedangkan untuk tahanan dari konduktor yang letaknya di dalam ( inner conductor) adalah 1/58 per 1 meter.
2. Isolasi
Isolasi kabel terbuat dari bahan polietilena homogen dan melingkari pada konduktor utama. Untuk diameter nominalnya yakni 0,97 mm dan juga tidak diperbolehkan melebihi 0,05 mm.
3. Konduktor bagian luar
Konduktor terbuat dari pita tembaga yang memiliki tebal 0,25 mm dengan maksimum toleransi 0,2 mm pada posisi memanjang dan sedikit tumpang tindih. Untuk tahanannya adalah sebesar 1/52 per meter. Pada bagian atas pita tembaga ini dibalut secara helikod dengan dua lapis pita baja yang memiliki tebal 0,15 mm yang digunakan sebagai pelindung elektromagnetik.
4. Penggantung
Penggantung di sini terdiri dari tujuh bual lilit kawat baja dengan ukuran 2 mm dan dengan daya kuat tarik sebesar 3,010 kgf.
5. Pembungkus luar
Pembungkus luar kabel terbuat dari polietilena yang dicampur dengan karbon hitam sebanyak 2%. Untuk tebal rata – rata pembungkus tidak diperbolehkan melebihi dari 2 mm dan juga tidak boleh kurang dari 1,6 mm. Sementara untuk tebal dari bagian antara penggantung dengan kabel adalah 3,4 mm dan dengan tinggi 3 – 4,5 mm.

Perkembangan
  • 1880 : kabel coaxial dipatenkan di Inggris oleh Oliver Heaviside (hak paten no.1,407).
  • 1884 : Kable coaxial dipatenkan di Jerman oleh Ernst Werner von Siemens.
  • 1894: Oliver Lodge mendemonstrasikan pentransmisian sinyal di Royal Institut, US.
  • 1929 : Kabel coaxial modern yang pertama dipatenkan oleh Lloyd Espenschied dan Herman Affel di US.
  • 1936 : Pentransmisian sinyal gambar TV dengan menggunakan coaxial pertama kali dilakukan, dari Berlin ke Leipzig.
  • 1936 : Kabel coaxial bawah laut pertama dibangun antara Melbourne dan Tasmania dengan jarak sekitar 300 km, dimana satu kabel dapat mentransmisikan 1 kanal broadcast dan 7 kanal telepon.
  • 1936 : AT&T menggelar jaringan kabel coaxial untuk telepon dan televisi antara New York dan Philadelphia, dimana ditempatkan sebuah booster otomatis setiap 10 mil-nya.
  • 1936 : Badan Post (sekarang menjadi British Telecom) menggelar kabel coaxial antara London dan Birmingham.
  • 1941 : Kabel coaxial digunakan pertama kali secara komersial di Amerika oleh AT&T yang menghubungkan Minneapolis dan Wisconsin.
  • 1956 : Kabel coaxial trans-Atlantic pertama digelar.

Thursday, September 22, 2011


CARA MENINGKATKAN MOTIVASI KERJA

Motivasi dapat diartikan sebagai kekuatan (energi) seseorang yang dapat menimbulkan tingkat ketekunan dan antusiasmenya dalam melaksanakan suatu kegiatan, baik yang bersumber dari dalam diri individu itu sendiri (motivasi internal) maupun dari luar individu (motivasi eksternal). 

Motivasi yang ada pada setiap orang tidaklah sama, berbeda-beda antara yang satu dengan yang lain. Untuk itu, diperlukan pengetahuan tentang pengertian dan hakikat motivasi, serta kemampuan teknik menciptakan situasi sehingga menimbulkan motivasi/dorongan bagi seseorang untuk berbuat atau berperilaku sesuai dengan apa yang dikehendaki oleh individu lain/organisasi. Seberapa kuat motivasi yang dimiliki seseorang akan banyak menentukan kualitas perilaku yang ditampilkannya, baik dalam konteks belajar, bekerja maupun dalam kehidupan lainnya.

Seperti yang telah dikemukakan, motivasi seorang individu sangat dipengaruhi oleh berbagai faktor, baik yang bersifat internal maupun eksternal. Termasuk dalam faktor internal adalah 

(a) persepsi seseorang mengenai diri sendiri; 
(b) harga diri; 
(c) harapan pribadi; 
(d) kebutuhan; 
(e) keinginan; 
(f) kepuasan kerja; dan 
(g) prestasi kerja yang dihasilkan. 

Sedangkan faktor eksternal yang mempengaruhi motivasi seseorang, antara lain: 

(a) jenis dan sifat pekerjaan; 
(b) kelompok kerja dimana seseorang bergabung; 
(c) organisasi tempat bekerja; 
(d) situasi lingkungan pada umumnya; dan 
(e) sistem imbalan yang berlaku serta cara penerapannya.
Motivasi yang berasal dari dalam diri seseorang atau motif mempunyai dua unsur, yaitu berupa daya dorong untuk berbuat dan sasaran atau tujuan yang akan diarahkan oleh perbuatan itu. Dua unsur inilah yang membuat seseorang mau melakukan kegiatan dan sekaligus mencapai apa yang dikehendaki melalui kegiatan tersebut. Dan kedua unsur tersebut tidak dapat dipisahkan, karena bila salah satu unsur tidak ada maka tidak akan timbul suatu kegiatan.

Sumber dari motivasi kerja diantaranya adalah adanya kesempatan untuk berkembang, jenis pekerjaan yang dilakukan, serta adanya perasaan bangga menjadi bagian dari organisasi dimana seseorang tersebut bekerja. Di samping itu, motivasi kerja juga dipengaruhi oleh perasaan aman dalam bekerja, gaji yang adil dan kompetitif, lingkungan kerja yang menyenangkan, penghargaan atas prestasi kerja, serta perlakuan yang adil dari pimpinan.

Dalam suatu organisasi formal, motivasi merupakan tugas seorang pimpinan untuk membuat karyawan melakukan apa yang harus dilakukan. Pimpinan dapat memotivasi karyawan dengan berbagai cara, diantaranya:

(1)     Menginspirasi, yaitu dengan memasukkan semangat ke dalam diri orang agar bersedia melakukan sesuatu dengan efektif. Orang diinspirasi melalui kepribadian pimpinan, keteladanannya, dan pekerjaan yang dilakukannya secara sadar atau tidak sadar.
(2)     Mendorong, yaitu dengan merangsang orang untuk melakukan apa saja yang harus dilakukan melalui pujian, persetujuan dan bantuan.
(3)     Mendesak, yaitu membuat orang merasa harus melakukan apa yang harus dilakukan dengan sesuatu cara, termasuk paksaan, kekerasan dan ancaman jika perlu. Namun, motivasi jenis ini sudah tidak sesuai lagi dengan tuntutan zaman dan bersifat negatif karena karyawan bekerja disebabkan adanya paksaan tanpa ada motif dari dirinya sendiri.

Beberapa usaha yang dapat dilakukan oleh pimpinan dalam menumbuhkan motivasi untuk meningkatkan semangat kerja karyawan, diantaranya:
(1) Memberikan kepada karyawan keterangan yang mereka perlukan untuk melakukan sesuatu pekerjaan dengan baik;
(2) Memberikan kesempatan umpan balik secara teratur;
(3) Meminta masukan dari karyawan dan melibatkan mereka di dalam keputusan yang mempengaruhi pekerjaan mereka;
(4) Membuat saluran komunikasi yang mudah dipergunakan, sehingga karyawan dapat menggunakannya untuk mengutarakan pertanyaan/kehawatiran mereka dan memperoleh jawaban;
(5) Belajar dari para karyawan itu sendiri apa yang memotivasi mereka;
(6) Menghargai karyawan karena pekerjaan mereka yang baik secara umum;
(7) Terus menerus memelihara hubungan dengan karyawan yang dbawahi;
(8) Memberi selamat secara pribadi kepada karyawan yang melakukan pekerjaan dengan baik;
(9) Kenalilah kebutuhan-kebutuhan pribadi karyawan karena karyawan akan lebih terdorong untuk bekerja bagi perusahaan yang memperhatikan keperluan pribadinya;
(10) Menulis memo secara pribadi kepada karyawan tentang hasil kinerja mereka;
(11) Memastikan apakah karyawan mempunyai sarana kerja yang terbaik;
(12) Memberi karyawan satu pekerjaan yang baik untuk dikerjakan dan pimpinan harus memperlihatkan kepada karyawan bagaimana mereka dapat berkembang dan memberi kesempatan untuk mempelajari kemampuan-kemampuan baru;
(13) Membantu berkembangnya rasa “bermasyarakat” sehingga karyawan akan merasa betah di dalamnya;
(14) Gajilah karyawan secara bersaing berdasarkan apa yang mereka kerjakan;
(15) Menawarkan “pembagian keuntungan” (profit sharing) kepada karyawan.















DAFTAR PUSTAKA