Tuesday, October 4, 2011


Kita selalu mengimpikan begini...
 

Alangkah seronoknya jika dapat pergi bercuti sekeluarga ketempat-tempat idaman seperti ke Paris, London, New York, Miami, Hawaii, Bali, Seoul, Beijing, Egypt, Rom, Hong Kong dan sebagainya.
Alangkah seronoknya dapat membawa isteri atau suami tersayang bercuti di kapal layar mewah sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan.Alangkah seronoknya dapat menghantar ibu bapa menunaikan ibadat haji dan umrah sebagai membalas jasa mereka membesarkan kita.
Alangkah seronoknya jika berpeluang melancong ke luar negara setiap bulan.
Alangkah seronoknya hidup tanpa rutin pejabat, menghadapi karenah majikan di tempat kerja dan segala tekanan kerja seharian.
Alangkah seronoknya jika dapat bersara kerja awal dan menghabiskan usia dengan melawat tempat-tempat menarik seluruh dunia.
Alangkah seronoknya jika segala perbelanjaan melancong tidak menggunakan wang gaji atau simpanan kita.

Tetapi semua impian kita akan terhenti bila memikirkan...


Tidak seronoknya bila memikirkan wang simpanan kita di bank semakin menyusut, malah hampir menunjukkan angka “0”.
Tidak seronoknya bila memikirkan wang gaji kita perlu digunakan untuk menampung kos sara hidup diri dan keluarga yang semakin lama semakin meningkat.
Tidak seronoknya bila memikirkan wang gaji dan simpanan harus digunakan untuk perbelanjaan persekolahan anak-anak.
Tidak seronoknya bila memikirkan setiap hari bekerja tetapi masih belum boleh menabung.
 Tidak seronoknyabila memikirkan si isteri meminta beli barang rumah itu ini tetapi belum mampu ditunaikan kerana duit gaji tidak pernah cukup.
Tidak seronoknya bila melihat baki cuti tahunan tidak cukup untuk pergi melancong.
Tidak seronoknya bila memikirkan setiap hari kena marah dengan boss tetapi gaji tak pernah naik-naik.
Tidak seronoknya bila memikirkan masih belum mampu mengirimkan wang setiap bulan kepada orang tua dikampung
Tidak seronoknya bila memikirkan memang kita tidak ada bajet untuk melancong setiap tahun kerana hendak menampung sara hidup pun cukup-cukup makan sahaja.